HomeMediaIn The NewsEDOTCO Perkukuh Komitmen Terhadap Pembangunan Digital Negeri

EDOTCO Perkukuh Komitmen Terhadap Pembangunan Digital Negeri

Malaysia  ·  May 26 2025
Share on

Memacu kesalinghubungan dan pembangunan infrastruktur digital di rantau Malaysia Timur.


Kota Kinabalu, 26 Mei – EDOTCO Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan digital negeri Sabah menerusi pelancaran rasmi pejabat baharu EDOTCO Sabah, satu langkah strategik dalam memacu pertumbuhan infrastruktur dan kesalinghubungan digital di rantau Malaysia Timur.


Pelancaran pejabat ini menandakan usaha berterusan EDOTCO dalam memperluas kehadiran fizikal dan operasinya, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk menjadikan negeri ini sebagai pemacu utama pembangunan digital negara.


Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat Kumpulan EDOTCO, Puan Noreen Sabrina Mohd Nor, EDOTCO komited untuk terus menyokong agenda pendigitalan kerajaan negeri melalui kerjasama erat antara industri dan pihak Kerajaan Negeri.


“Kami percaya bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan pemain industri bukan sekadar pelengkap, malah merupakan elemen penting dalam menjayakan agenda digital negeri. Melalui teknologi seperti NaPA, yang mampu memetakan keperluan infrastruktur telekomunikasi dengan lebih tepat dan efisien, kami dapat mengenalpasti bahawa kadar liputan kesalinghubungan digital di Sabah kini berada pada tahap 77%. Ini bermakna masih terdapat kelompok komuniti yang belum menikmati akses penuh kapada sambungan digital,” katanya.


NaPA atau Network Planning Analytics merupakan sistem analitik pintar yang dibangunkan oleh EDOTCO untuk meningkatkan kecekapan dalam perancangan infrastruktur rangkaian. Dengan menggabungkan data lokasi, permintaan kapasiti dan prestasi semasa, teknologi ini membolehkan perancangan yang lebih tepat, khususnya bagi kawasan pedalaman yang mencabar dari segi akses. Negeri Sabah memerlukan sekurang-kurangnya 653 lagi tapak telekomunikasi bagi mencapai liputan kesalinghubungan sepenuhnya, terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang sukar dicapai.


Di majlis yang sama, EDOTCO turut meneruskan komitmen terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyerahkan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi kepada komuniti di Kampung Loro Kecil, Kudat menerusi teknologi Bandwidth Wireless Access (BWA). Usaha ini bertujuan meningkatkan kebolehcapaian digital di kawasan yang sebelum ini menghadapi cabaran dari segi liputan dan kestabilan rangkaian.


Inisiatif tersebut selari dengan matlamat Pelan Induk Digital Sabah, yang menetapkan empat teras utama dalam pembangunan digital negeri: pembinaan infrastruktur digital, peningkatan celik digital, pembangunan bakat tempatan serta penggunaan teknologi dalam sektor utama seperti pendidikan, perkhidmatan awam dan ekonomi rakyat


##TAMAT##


Mengenai EDOTCO Group
Ditubuhkan pada 2012, Kumpulan EDOTCO ialah syarikat perkhidmatan infrastruktur ketersambungan digital
terkemuka di Asia, menyediakan penyelesaian bersepadu hujung ke hujung dalam sektor perkhidmatan menara. Misinya adalah untuk membantu negara-negara di seluruh Asia memajukan infrastruktur ketersambungan mereka dengan penyelesaian terdepan dan mencapai kesalinghubungan yang saksama.


Dengan portfolio lebih 56,000 menara merentasi sembilan negara, syarikat itu hadir di Malaysia, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka dan Laos - memenuhi permintaan ketersambungan secara inovatif dan mampan untuk membantu pelanggan dan rakan kongsinya mempercepatkan kelestarian pertumbuhan. EDOTCO mengutamakan pengembangan portfolio berhemat untuk peluang organik dan bukan
organik yang membawa skala, ekonomi dan pulangan yang betul untuk para pemegang sahamnya.


Kumpulan EDOTCO telah dinamakan Syarikat Menara Telekom Asia Pasifik Terbaik selama enam tahun berturutturut oleh Frost & Sullivan dan diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unicorn ASEAN yang berpangkalan di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.edotcogroup.com.


Related Posts

Media

Content Hub

Media

Publications

Contact Us!

    EDOTCO Group Sdn Bhd

    (1022843-U)

  • Laman EDOTCO
  • Block D, Dataran PHB
  • Saujana Resort, Section U2
  • 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Tel: +6 03 2779 2699
  • For any towers or tenancy-related queries
    related query, kindly contact:

    • Hotline (WhatsApp): +6 019 372 1840
    • Hotline (Office): +6 03 7890 5850
    • Email: oc@edotcogroup.com
Whistleblowing  |  Privacy Statement

© 2026 EDOTCO Group Sdn Bhd (1022843-U). ALL RIGHTS RESERVED.